My Blog List

Friday, September 3, 2010

Poligami

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.


Just nak share and tanye with kawan2 your opinions about "poligami". Lelaki nie betul2 ke boleh "manage" perempuan lebih dari satu? Apa yang mendorong mereka untuk kahwin lebih dari satu? Kecantikan, materialistik, budi bahasa, wang ringgit , harta atau apa2 pun 1001 alasan.? Just x faham. Banyak lelaki memberi alasan isteri yg ada tak matang, tak pandai jaga anak, tak pandai masak, tak pandai melawar dan macam2 lagilah.Tak pernah tengok pada kelemahan sendiri dan kebaikan isteri.Isteri yang lembut pun nampaknya macam jadi masaalah.Garang pun susah , lembut pun masaalah. Semua sekadar alasan nak kahwin lebih dari satu. Nasihat saya pada lelaki yang nak kahwin lebih dari satu ingatlah kebaikan dan pengorbanan isteri kita. Kadang2 kita mahu lebih dari isteri kita tapi kita sendiri tak pernah nyatakan perkara tersebut padanya.Misalnya kita mahu isteri kita memasak untuk kita dan layan di meja makan. Kalau kita tak endahkan ini kepada isteri mana mungkin dia sedar kesilapannya.So sebagai suami yang bertanggung jawab kita harus kenali diri kita dan isteri kita dan terapkan budaya berterus-terang. Jangan simpan ego kita dan sentiasa diri kita yang perfect. Hidup ini ada jatuh dan bangun so masa kita dipuncak jgn lupa bila2 ALLAH boleh tarik nikmat ini. So janganlah lupa diri bila kita dah berjaya dan ingatlah pengorbanan isteri semasa susah senang kita. Saya terpanggil membicangkan soal ini kerana sesuatu telah berlaku pada kawan saya. Sedih saya mendengarnya.Saya harap dia tabah dan apa sekalipun terjadi saya minta dia redha dan berusahalah untuk memenangi hati suami di samping tidak lupa pada ALLAH memohon kekuatan semangat dan diselamatkan perkahwinan. Pada semua kaum ibu saya harap kita sama2 memperbaiki diri kita dari segi mental,fizikal dan rohani moga setiap dugaan hidup dapat diatasi sebaik2nya dan jangan bercampur dengan mereka yang memberikan pandangan negatif dan tidak membantu kita dalam menyelamatkan rumahtangga.Bagi para suami lihatlah pada kebaikan isteri kita pada masa kita susah dan senang bersamanya.Jangan cepat terperdaya pada PEREMPUAN yang menunjukkan kebaikan dan sifat terpuji pada diri kita hanya sekadar menggunakan kita sebagai umpan untuk kehidupan yang mewah. Ingat "PEREMPUAN" sekarang ramai yang sanggup berbuat apa sahaja untuk memusnahkan rumahtangga orang dan juga "Membomohkan" para Suami yang cepat terleka dan terpengaruh. So cepat2lah sedarkan diri kita sebelum kehilangan harta,isteri dan anak2.


Wassalam.