My Blog List

Sunday, August 29, 2010

Hidangan Raya

Ayam Masak Merah
Kuah Kacang
Rendang Daging
Nasi Impit

Lemang
Ketupat
Ketupat Palas
Burasak 

Singapore 2009






Kelebihan Peria Katak


Khasiat Peria


Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama sainsnya Momordica Charantia adalah sejenis sayur yang rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan itulah tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.Di pasar kita biasanya dapat melihat dua jenis peria. Ada yang panjang dengan warna hijau muda dan ada yang kecil saiznya atau digelar ‘peria katak’ yang mempunyai warna hijau tua. 
Peria mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Setiap 100gm peria mengandungi 92.4 peratus lembab, protein 1.6 peratus, lemak 0.2 peratus, mineral 0.8 peratus, fiber 0.8 peratus dan karbohidrat 4.2 peratus.
Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.
Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit kencing manis ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk.
Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah dihancurkan pula digunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.
Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah fungus, peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.
Walaupun peria tidak diminati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak.

Aishah Sister's of Tn.Ariff

Yeah ... we.never had an opportunities for baby girl. Well age is catching up. So we choose Aishah to be one of our favourite niece. Very soft,sweets,always smile and very cheerful. Eventhough she is Tn Ariff punching bag but she can managed him without problems.We luv u Aishah.!!!!

Ariff The Great

Tuan Ariff





This is Tuan Ariff - he doesn't talk much but his actions shows he is very active and smart. Always have reasons and good in giving excuse!!!No wonder all my sons and husband really loves him.My husband loves him so much. Sometimes before went to bed he will view all Ariff's photos.It do worries me coz I already pull my handbrakes !!aha...cant afford to have another child!!3 is enough

Cup Cakes

Pound Cake Cupcake Recipe

Cake lovers try this !



Ingredients

• 3 cups all purpose flour

• 2 cups sugar

• 3 teaspoons baking powder
• 1/2 teaspoon salt
• 6 large eggs
• 2 cups softened, not melted, butter
• 1/2 cup 2% milk
• 2 teaspoon vanilla



Directions

Combine all of your dry ingredients in a large mixing bowl.  Add butter, milk, and vanilla to the dry ingredients.  Stir until just mixed then mix at medium speed for about 4 minutes.  Scrape bowl. 
Add eggs one at a time and mix on low speed for 30 seconds after each egg.  Once all eggs are in the batter, mix at medium speed for 1 minute.  Batter will be thick and fluffy.
Preheat oven to 350 degrees.  Spoon batter into cupcake liners until 1/2 full.  If you fill them any more, you risk having a mess in your oven.
Bake your cupcakes for 20 minutes or until a cake tester, or toothpick, inserted into the center of the cupcakes comes out clean.
Cool your pound cake cupcakes completely in the cupcake pans.  Store in an airtight container.

Marzipan Cakes Decoration

Assalamualaikum & selamat sejahtera,


Upon surfing at Google's today I found lots of videos related to marzipan decoration. Maybe we can try this. Since in Malaysia very few peoples can decorate marzipan cakes coz the cost is too high & it is very difficult.


http://www.ehow.co.uk/video_2333661_marzipan-cake-decorating-tips.html

Saturday, August 21, 2010

Haiwan Pun Sayangkan Anak

Gambar baby rabbit Junior, Bolat dan Blackie
As'Salam  sume, hari ini aku cukup tersentuh melihat arnab ku mencari anaknya. Sahur tadi ku dengar ibu arnab mengegarkan kandang. Ku ingat dia hendakkan makanan. Aku letakkan makanannya tapi Ibu arnab terus melarikan diri kedepan. Ke kandang anaknya yang sudah kosong!. Sedih dan sayu diriku. Baru semalam aku menjualnya pada sahabatku. Haiwan pun tahu sayangkan anak. Tapi kenapa sekarang semakin banyak kes pembuangan bayi??? Tidakkah mereka rasa susah semasa mengandung dan ditambah sakit beranak?Kenapa mudah sangat mereka membuang bayi. Wahai saudara-saudaraku sekelian tolonglah berhentikan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini. Pulanglah ke pangkal jalan dan segera kembali ke jalan ALLAH.

Friday, August 20, 2010

Sambal Tumis Sotong Petai


Kawan-kawan apa kata kita cuba nasi dagang kita dengan sambal petai. Paling senang dan simple.Penyediaan tak sampai pun 20 minit. So ayuh segera!!


Bahan-bahan yang diperlukan
  • Sotong putih sederhana besar (8 ekor - bergantung pada keperluan dipotong bulat) jika udang ambil dalam 12 ekor
  • Cili kering (20  helai ) di mesin halus
  • 2 biji bawang merah sederhana besar di mesin halus
  • 1 biji bawang merah besar dipotong melintang
  • 2 papan petai (ikut suka boleh diletak banyak)
  • 1/2 sudu besar garam

  Cara2 memasak 
1. Buang perut sotong dan jika udang buang kulitnya (kepala & ekor) dan dibasuh bersih
2. Panaskan minyak dan tumis cili kering yg telah di mesin halus  dan bawang 
3. Biarkan sampai cili masak
4. Masukkan gula,garam, petai dan asam keping dan biarkan sampai cili sudah nampak berkilat(gula akan memberikan warna yg menarik pada sambal)
5. Masukkan hirisan bawang dan sotong / udang
6. Kacau sambal sampai udang dan bawang hiris sehingga  masak

Tips - untuk membuat sambal nie cukup mudah hanya perlu berlatih selalu. Masak adalah perkara yang paling menyeronokkan. Untuk bertambah sedap jangan lupa berselawat semasa membasuh dan memasak. Insyaallah pasti keluarga sukakan hidangan kita.

Okey, biasanye orang makan nasi dagang dengan ikan tongkol. Tapi disebabkan anak2 tak berapa gemar saya buat kari telur sebagai pengganti. So kena follow lagi barulah lauk nasi dagang lengkap

Nasi Dagang Express

Nasi Dagang , Sambal Tumis & Kari Telur

Assalamualikum, kerap kali kita membuat alasan untuk tidak memasak makanan kegemaran kita dan anak-anak dan suami dengan alasan tidak tahu. Disini saya berkongsi resepi yang saya hanya belajar dari mulut kawan saya arwah Norzilan. Moga Rohnya dicucuri rahmat. Amin. Sila cuba hingga berjaya. Saya sendiri mencubanya kali ketiga baru mendatangkan hasil. So apa tunggu lagi! ayuh mencuba!

Resepi Nasi Dagang Express

  • 2 cawan beras basmathi
  • 1 cawan beras pulut floral
  • 1 kotak santan Kara
  • 1 sudu besar garam
  • 2 biji bawang sederhana besar di hiris halus
  • 3 ulas bawang putih di hiris halus
  • 1 inci halia di hiris halus
  • 1 sudu besar halba
  • 2 helai daun pandan @ 1 batang serai
Cara-cara membuatnya
1. Basuh beras pulut dan basmathi bersama dan rendam selama 30 minit
2. Panaskan kukus selama 5-7 minit
3. Campurkan beras pulut,beras basmathi, bawang merah, bawang putih,halia,halba dan kukus
4. Apabila sudah berasap keluar dan gaulkan bersama garam dan santan kelapa Kara
5. Kukus kembali untuk 30 minit untuk mendapatkan nasi dagang yang cantik (Pastikan kukus mengeluarkan asap yang banyak kerana ini menunjukkan nasi sudah masak)
6. Masakan dah sedia untuk dihidang.

P/s - takkan nasi aje yea! so sila follow saya untuk resepi lauknya. Tak semestinya gulai ikan tongkol. Kita sentiasa boleh membega bergantung pada kegemaran anak-anak dan suami.

The Haram Emulsier Code

Assalamualaikum my dear muslim bloggers, it is high time for us to ensure that what we consumed must be from "halal" sources. If possible please keep this code in our wallet so we know what are we buying and consumed.Lately, in newspaper we will see stories of abortion, abandoned babies,students faught with teachers and young age prostitute! Subhannallah ! So it is important now we instill this halal code awareness to all muslim parents and our childrens. Because all this immoral activities start from what we consumed! So don't let this happen to our childrens and families.





Both With E and Without E 
120,140, 141, 160[a], 161 
252, 300, 301, 422, 430, 431, 433, 435, 436, 441, 470, 
471(*Animal Base),472[a], 472[b], 472[c], 
472[d], 472[e], 473, 474, 475, 476,
477, 478, 481, 482, 483, 491, 492,
493, 494, 542, 570, 572, 631, 635, 920 
(*471 Vegetable Base is said to be Halaal)


The following Emulsifiers – With or Without E are
Suspected - Mashbooh -
مَشْبُوْه
E100, E110, E120, E153, E210, E213, E214
E216, E234, E256, E270, E280.
E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337.
E432, E433, E434, E440, E470, E472, E495
E904
.




Thursday, August 19, 2010

About Me

Assalamualaikum kawan2, sesungguhnya aku cukup teruja untuk membuat blog berkenaan kegemaranku. Terimakasih tak terhingga pada Professor Azizi yang "memaksa" aku menbuat blog sebagai sebahagian assigment. Sekarang baru aku tahu kenapa IT praktikal itu penting.


Buat "hero-heroku" seronoknya dapat abadikan favourite food you all di blog. Mama akan share dengan kawan2 sekerja yang sentiasa busy resepi-resepi pilihan keluarga kita. So apa lagi tolong layan blog saya nie.


Untuk suamiku yang tercinta, terimakasih kerana mempercayaiku dan juga menyayangiku. Moga dengan adanye blog ini abang juga akan sentiasa beri Ani idea untuk memperbaiki masakan.


Kawan-kawan sekelian masa zaman remaja aku cukup nakal dan tidak pernah ambil tahu hal-hal dapur. Aku lebih gemar berada dipadang seawal jam 3 petang hingga 7 malam. Tapi nenek dan ibuku tidak jemu berleter agar aku belajar hal-hal orang perempuan.


Alhamdulillah berkat leteran itu aku tahu betapa pentingnya memasak bagi seorang wanita. Nenekku sentiasa mengingatiku "Jika nak sentiasa senang taatlah pada ibu,ayah dan suamiku.Setinggi mana belajar pun mesti ke dapur juga. Perempuan yang tidak mengendahkan dapurnya akan hilang keberkatan keluarga dan dijauhkan Allah rezeki baginya.Memasak itu ibadah dan sedekah.Bila kita ikhlas Insyaallah rezeki kita tidak akan putus".

Sampai sekarang aku cukup enjoy memasak. Hilang segala stress kerja bila lihat anak dan suamiku menikmati masakanku. Disini aku akan berkongsi resepi peribadiku pada kawan-kawan sekelian dan moga kita akan mendapat manafatnya.


Bagi kaum ibu dan kaum wanita khususnya, jangan sekali-kali gunakan alasan sibuk untuk tidak ke dapur. Ini merugikan kita. Wanita tonggak eknomi keluarga. Jika memasak tidak tahu bagaimana kita nak membantu suami. Lebih-lebih lagi memasak nie dapat mengikat suami. Jangan suami cari orang lain dengan alasan kita tak pandai masak.Tapi kalau suami tetap cari lain itu saya tak dapat nak komen. Hanya pada Allah kita berserah dan bermohon pertolongan.

Kata Kata Hikmah / Word of Wisdom

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 

"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.'

"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya."

Narrates Abdullah ibn Masud
"Do not wish to be like anyone except in two cases: A person, whom Allah has given wealth and he spends it righteously; the one whom Allah has given wisdom and he acts according to it and teaches it to others."
- Prophet Muhammad (PBUH)