My Blog List

Friday, September 3, 2010

Poligami

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.


Just nak share and tanye with kawan2 your opinions about "poligami". Lelaki nie betul2 ke boleh "manage" perempuan lebih dari satu? Apa yang mendorong mereka untuk kahwin lebih dari satu? Kecantikan, materialistik, budi bahasa, wang ringgit , harta atau apa2 pun 1001 alasan.? Just x faham. Banyak lelaki memberi alasan isteri yg ada tak matang, tak pandai jaga anak, tak pandai masak, tak pandai melawar dan macam2 lagilah.Tak pernah tengok pada kelemahan sendiri dan kebaikan isteri.Isteri yang lembut pun nampaknya macam jadi masaalah.Garang pun susah , lembut pun masaalah. Semua sekadar alasan nak kahwin lebih dari satu. Nasihat saya pada lelaki yang nak kahwin lebih dari satu ingatlah kebaikan dan pengorbanan isteri kita. Kadang2 kita mahu lebih dari isteri kita tapi kita sendiri tak pernah nyatakan perkara tersebut padanya.Misalnya kita mahu isteri kita memasak untuk kita dan layan di meja makan. Kalau kita tak endahkan ini kepada isteri mana mungkin dia sedar kesilapannya.So sebagai suami yang bertanggung jawab kita harus kenali diri kita dan isteri kita dan terapkan budaya berterus-terang. Jangan simpan ego kita dan sentiasa diri kita yang perfect. Hidup ini ada jatuh dan bangun so masa kita dipuncak jgn lupa bila2 ALLAH boleh tarik nikmat ini. So janganlah lupa diri bila kita dah berjaya dan ingatlah pengorbanan isteri semasa susah senang kita. Saya terpanggil membicangkan soal ini kerana sesuatu telah berlaku pada kawan saya. Sedih saya mendengarnya.Saya harap dia tabah dan apa sekalipun terjadi saya minta dia redha dan berusahalah untuk memenangi hati suami di samping tidak lupa pada ALLAH memohon kekuatan semangat dan diselamatkan perkahwinan. Pada semua kaum ibu saya harap kita sama2 memperbaiki diri kita dari segi mental,fizikal dan rohani moga setiap dugaan hidup dapat diatasi sebaik2nya dan jangan bercampur dengan mereka yang memberikan pandangan negatif dan tidak membantu kita dalam menyelamatkan rumahtangga.Bagi para suami lihatlah pada kebaikan isteri kita pada masa kita susah dan senang bersamanya.Jangan cepat terperdaya pada PEREMPUAN yang menunjukkan kebaikan dan sifat terpuji pada diri kita hanya sekadar menggunakan kita sebagai umpan untuk kehidupan yang mewah. Ingat "PEREMPUAN" sekarang ramai yang sanggup berbuat apa sahaja untuk memusnahkan rumahtangga orang dan juga "Membomohkan" para Suami yang cepat terleka dan terpengaruh. So cepat2lah sedarkan diri kita sebelum kehilangan harta,isteri dan anak2.


Wassalam. 

3 comments:

  1. Tajuk hangat ni. Apapun bagi saya kalo nak berpoligami, balik kepada agama. Biar kita berilmu dulu dan jangan tangkap muat jer. Nak tambah isteri katanya ikut sunnah habis tu tanya balik yang selama nih ada sunah2 lain dibuatnyer? Nak kawin pandai ikut nabi, yang lain? Isteri-isteri baginda semua balu dan dah berumur kecuali saidatina Aisyah r.a. Kalo sungguh nak ikut nabi kawen ler dgn mak-mak janda yang ada anak ramai jgn kawen ngan anak dara!!!

    Isteri ni satu beban buat suami. ape taknyer segala tindaktanduk isteri akan dipertanggungjawabkan kepada suami. Seorang suami tak akan masuk syurga selagi isterinya masih mempersoalkan kebertanggungjawabannya. Sehelai bulu roma isteri dipertontonkan kepada lelaki ajnabi, suami bertanggungjawab tau!!

    ReplyDelete
  2. Salam semua,

    My comment, lelaki yang nak kawin lagi ni, ada yang disebabkan nafsu semata-mata dan ada disebabkan godaan dari wanita sendiri. Bagi yang bernafsu tinggi ni, macam-macam alasan boleh dibuat-buat. Pokoknya hati dah suka kepada pucuk yang muda....Asasnya adalah keimanan kepada Allah. Jika agamanya baik...sukar bagi lelaki mahu menambahkan "tanggungjawab" diatas bahunya. Bagi kes godaan dari wanita yang lain, kadang-kadang ada suami yang terjerat....Pada saya suami harus berhati-hati dengan wanita seperti ini...Jika menampakkan kecurigaan...eloklah dijauhi dengan memutuskan terus hubungan kawan/sahabat/apa-apa jelah yang boleh menjeratkan kita dalam hubungan cinta kedua...Sebab bila dah dilamun cinta...amat sukar diubati...Pls note, wanita yang menggoda suami orang pada saya bukanlah seorang wanita yang baik....

    ReplyDelete