My Blog List

Friday, August 20, 2010

Nasi Dagang Express

Nasi Dagang , Sambal Tumis & Kari Telur

Assalamualikum, kerap kali kita membuat alasan untuk tidak memasak makanan kegemaran kita dan anak-anak dan suami dengan alasan tidak tahu. Disini saya berkongsi resepi yang saya hanya belajar dari mulut kawan saya arwah Norzilan. Moga Rohnya dicucuri rahmat. Amin. Sila cuba hingga berjaya. Saya sendiri mencubanya kali ketiga baru mendatangkan hasil. So apa tunggu lagi! ayuh mencuba!

Resepi Nasi Dagang Express

  • 2 cawan beras basmathi
  • 1 cawan beras pulut floral
  • 1 kotak santan Kara
  • 1 sudu besar garam
  • 2 biji bawang sederhana besar di hiris halus
  • 3 ulas bawang putih di hiris halus
  • 1 inci halia di hiris halus
  • 1 sudu besar halba
  • 2 helai daun pandan @ 1 batang serai
Cara-cara membuatnya
1. Basuh beras pulut dan basmathi bersama dan rendam selama 30 minit
2. Panaskan kukus selama 5-7 minit
3. Campurkan beras pulut,beras basmathi, bawang merah, bawang putih,halia,halba dan kukus
4. Apabila sudah berasap keluar dan gaulkan bersama garam dan santan kelapa Kara
5. Kukus kembali untuk 30 minit untuk mendapatkan nasi dagang yang cantik (Pastikan kukus mengeluarkan asap yang banyak kerana ini menunjukkan nasi sudah masak)
6. Masakan dah sedia untuk dihidang.

P/s - takkan nasi aje yea! so sila follow saya untuk resepi lauknya. Tak semestinya gulai ikan tongkol. Kita sentiasa boleh membega bergantung pada kegemaran anak-anak dan suami.

No comments:

Post a Comment