My Blog List

Thursday, August 19, 2010

About Me

Assalamualaikum kawan2, sesungguhnya aku cukup teruja untuk membuat blog berkenaan kegemaranku. Terimakasih tak terhingga pada Professor Azizi yang "memaksa" aku menbuat blog sebagai sebahagian assigment. Sekarang baru aku tahu kenapa IT praktikal itu penting.


Buat "hero-heroku" seronoknya dapat abadikan favourite food you all di blog. Mama akan share dengan kawan2 sekerja yang sentiasa busy resepi-resepi pilihan keluarga kita. So apa lagi tolong layan blog saya nie.


Untuk suamiku yang tercinta, terimakasih kerana mempercayaiku dan juga menyayangiku. Moga dengan adanye blog ini abang juga akan sentiasa beri Ani idea untuk memperbaiki masakan.


Kawan-kawan sekelian masa zaman remaja aku cukup nakal dan tidak pernah ambil tahu hal-hal dapur. Aku lebih gemar berada dipadang seawal jam 3 petang hingga 7 malam. Tapi nenek dan ibuku tidak jemu berleter agar aku belajar hal-hal orang perempuan.


Alhamdulillah berkat leteran itu aku tahu betapa pentingnya memasak bagi seorang wanita. Nenekku sentiasa mengingatiku "Jika nak sentiasa senang taatlah pada ibu,ayah dan suamiku.Setinggi mana belajar pun mesti ke dapur juga. Perempuan yang tidak mengendahkan dapurnya akan hilang keberkatan keluarga dan dijauhkan Allah rezeki baginya.Memasak itu ibadah dan sedekah.Bila kita ikhlas Insyaallah rezeki kita tidak akan putus".

Sampai sekarang aku cukup enjoy memasak. Hilang segala stress kerja bila lihat anak dan suamiku menikmati masakanku. Disini aku akan berkongsi resepi peribadiku pada kawan-kawan sekelian dan moga kita akan mendapat manafatnya.


Bagi kaum ibu dan kaum wanita khususnya, jangan sekali-kali gunakan alasan sibuk untuk tidak ke dapur. Ini merugikan kita. Wanita tonggak eknomi keluarga. Jika memasak tidak tahu bagaimana kita nak membantu suami. Lebih-lebih lagi memasak nie dapat mengikat suami. Jangan suami cari orang lain dengan alasan kita tak pandai masak.Tapi kalau suami tetap cari lain itu saya tak dapat nak komen. Hanya pada Allah kita berserah dan bermohon pertolongan.

No comments:

Post a Comment